Saya
ingin kongsikan pengalaman saya ketika melancong ke Korea Selatan pujaan seluruh
dunia. Walaupun singkat, tetapi saya mendapat pengalaman melalui pemerhatian
dan interaksi di sana. Apa yang penting, kita dapat ilmu dan belajar sesuatu.
Saya
menempah tiket penerbangan ke Korea Selatan pada tarikh 29 Mac 2014. Pada
tarikh tersebut, musim sejuk baru berakhir dan dalam transisi ke musim bunga.
Cuaca sangat sejuk. Sejuk yang menusuk tulang, memaksa saya untuk memakai
pakaian tiga lapisan untuk menghangatkan badan.
Negara
Korea Selatan merupakan negara yang sangat bersih, kerana rakyatnya sangat
memelihara kebersihan. Ini bermaksud, semua lapisan masyarakat dari usia kecil
hingga ke warga senja sangat membudayakan sikap menjaga kebersihan. Salah satu
faktor ia menjadi begitu kerana bermula daripada sistem pendidikan mereka.
Suatu
pagi saya mengikuti rakan saya bersiar-siar di sekitar bandar Hongdae. Kami
bersiar- siar sehingga memasuki kawasan tempat perumahan orang Korea. Kawasan
yang sangat padat dengan bangunan yang tersusun seperti bentuk segi empat yang
banyak. Kami hanya berpusing di kawasan tersebut dan kebaikan susunan bangunan
seperti petak ini, kita tidak akan tersesat jalan, kerana ia mudah dan
menyenangkan pejalan kaki.
Apa
yang memukau mata saya ialah apabila saya ternampak kanak-kanak yang memakai
pakaian tebal yang seragam berwarna kuning buah pear ini dengan diiringi oleh
guru mereka. Pakaian tebal ini mempunyai logo yang sama. Saya pasti mereka ini
kanak-kanak taska, kerana tinggi mereka hanya berada di bawah paras pinggang saya dan sangat comel serta mata mereka sepet!
Kanak-kanak ini sangat tertib semasa bergerak dalam barisan dan dalam keadaan terkawal. Guru mereka membawa mereka bersiar-siar ketika musim bunga, ini merupakan sesuatu yang sangat membuka mata saya. Saya ceritakan pengalaman ini bukan kerana membanding-bandingkan kanak-kanak taska di Malaysia yang lebih banyak menghabiskan masa di berada di dalam premis taska seperti dikurung dan tidak diberi peluang meneroka persekitaran luar.
Mungkin setiap taska mempunyai alasan dan polisinya yang tersendiri. Mungkin juga faktor keselamatan. TETAPI bukan semua taska di Malaysia ‘mengurung’ kanak-kanak di dalam premis, terdapat juga taska yang memberi pengalaman meneroka di luar, seperti taska tempat saya menjalani latihan yang membuat lawatan sambil belajar ke Taman Burung di Kuala Lumpur.

Di
Korea Selatan, kanak-kanak taska yang bersiar-siar dengan guru mereka begitu yakin
tanpa ada rasa ketakutan. Salah satu sebab kerana negara tersebut mempunyai CCTV
yang begitu banyak di tempat awam. Ini menyebabkan kurangnya kes jenayah.