Sekiranya
anda seorang pengasuh di rumah yang bekerja dan mengendalikan kanak-kanak kecil
yang kerap kali menangis, usah dipaksa diri untuk menghentikannya. Sebagai
pengasuh yang profesional, elakkan daripada menjerit untuk menghentikannya,
kerana ia adalah cara yang kurang berkesan. Jadi,
sebagai pengasuh yang efektif, anda hanya perlu menjadi kreatif untuk
menghentikan kanak-kanak kecil yang kerap menangis dengan cara mengalihkan
perhatiannya. Pengasuh perlu mengetahui apa kegemaran atau benda yang
paling disukai oleh kanak-kanak kecil ini.
Saya
kongsikan pengalaman saya ketika mengendalikan seorang kanak-kanak kecil
(lelaki) yang kerap kali menangis, setiap kali dia menangis dia akan
mencampakkan barang mainannya dan apabila saya mengambil semula mainan tersebut
dan memberikan kepadanya semula, dia akan meninggikan lagi nada tangisannya sambil
menghentak-hentakkan kakinya. Jadi sekiranya situasi ini berlaku, elakkan mengulangi
tindakan yang sama, usah dilayani. Kerana ia memang kurang berkesan. Perlu cari
strategi yang lain.
Tetapi
saya berjaya menghentikan dia dengan mudah dan ringkas, saya tahu dia sangat gemar
menonton video berkaitan cerita yang bertemakan
kereta mainan dan barang mainannya memang banyak kereta mainan. Jadi di sini saya
mendapat idea iaitu mengalihkan perhatiannya
ketika dia menangis dengan membawanya ke hadapan laptop/televisyen dengan
tayangan video bertemakan kereta mainan. Dia terus senyap, kerana dapat menonton
video yang memang sangat digemarinya.
Tetapi,
pengasuh yang bekerja di taska dan pusat jagaan kanak-kanak mempunyai strategi yang
berlainan mungkin?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan