Saya
sudah selesai menduduki Peperiksaan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak
PERMATA Siri 5/2017 pada 26 Oktober 2017. Tujuan
saya menyertai kursus ini hanyalah untuk mendapat pengalaman dan
mengisi masa yang terluang. Di samping itu untuk mengetahui secara teori dan
praktikal mengenai Kurikulum PERMATA yang digunakan di kebanyakan taska-taska
di Malaysia.
Bagi
mereka yang inginkan pembangunan profesional, digalakkan untuk menyertai
kursus yang sangat informatif ini. Kursus ini adalah terbuka kepada semua orang awam, lelaki dan perempuan tidak kira status pekerjaan dan status perkahwinan. Semasa saya menyertai kursus ini terdapat pendidik taska, golongan ibu, dan para pelajar yang mendaftar menyertai kursus ini. Sekiranya anda sedang bekerja atau sedang belajar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, ia adalah satu kelebihan bagi anda, kerana kursus ini membantu anda menjadi pendidik yang efektif di masa
akan datang.
Soalan
tidak terlalu senang dan tidaklah terlalu susah aras penilaian (evaluation)
seperti dalam Taksonomi Bloom. Cuma ada buku kan, jadi kena kaji dan bukan
gagal kaji. Supaya anda lebih bersedia. Paling penting semasa peperiksaan, kena
teliti dan baca arahan soalan, sebab pengalaman saya ketika menduduki peperiksaan
ini, saya mendapat tahu ramai calon yang lupa membaca arahan soalan sehingga menjawab
kesemua soalan sedangkan perlu memilih beberapa soalan sahaja. Jadi ini menyebabkan
rasa panik menyaluti diri mereka!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan