14
Mei 2015 bersamaan dengan hari Khamis, merupakan hari pertama saya bekerja di
sebuah pusat jagaan kanak-kanak kategori taska di tempat kerja. Pada hari
pertama, saya masih perlukan ruang sosialisasi untuk berinteraksi dengan
kanak-kanak. Sebagai guru awal kanak-kanak, saya perlu pamerkan wajah yang
ceria supaya ia menjadi satu platform kepada saya untuk mendekati dan didekati
oleh kanak-kanak.
Tetapi
apa yang merisaukan saya ialah, para ibu yang menghantar anak-anak mereka ke
taska agak terkejut melihat saya berada di dalam taska., Saya masih di dalam
proses untuk menyesuaikan diri dengan staf dan kanak-kanak serta persekitaran
di taska. Apa-apa pun, saya perlu berkenalan dengan taska dan seluruh warganya
termasuk ibu bapa. Biasalah di taska juga perlu berkenalan bukan di sekolah
aliran perdana saja kan.
Sebab
saya lelaki, saya menjadi perhatian kaum ibu dan saya melihat kelibat seorang ibu di hadapan pintu taska, melihat saya
seperti rasa was-was kerana agak terkejut melihat saya berada di dalam taska.
Ya lah lelaki berada di dalam taska, siapa tidak hairan.
Sambil
dia melihat-lihat dari jauh sambil dia berkata, “Siapa tu?”
Seperti
saya ini seorang yang mencurigakan dan sudah pastinya saya rasa seperti tidak
dialu-alukan. Para ibu-ibu yang menghantar anak mereka ke taska mesti tidak
mempercayai saya sebagai lelaki bekerja di taska dan mereka rasa ragu. Daripada
gaya pandangan dari jauh, saya sudah menjadi ‘sasaran mata’ ibu-ibu yang ada di
sekitar.
Bukan
sebab saya seorang sahaja pekerja lelaki menyebabkan saya mengatakan begini, Saya
cuma ceritakan ‘first impression’ ibu bapa terhadap pekerja lelaki. Sekadar berkongsi
pengalaman sebenar saya sahaja.
Kak
Zee iaitu selaku pengurus di taska ini, akhirnya membuat keputusan untuk menulis MEMO mengenai kehadiran saya di taska tersebut. Saya ingat lagi kata Kak Zee, "benda yang paling sukar untuk handle ialah mengurus persepsi ibu
bapa", iaitu persepsi ibu bapa terhadap pekerja lelaki di taska.
Wahai
tuan dan puan sekalian, saya datang ke taska kerja ikhlas, saya tahulah batas
dan sempadan. Bukan saya nak pukul atau kacau anak-anak tuan puan.
Sekurang-kurangnya saya belajar bidang pendidikan awal kanak-kanak dan
pendedahan awal saya dalam bidang ini sudah sangat membantu walaupun belum
cukup sebenarnya.
Antara
beberapa poin utama yang ditekankan dalam memo yang Kak Zee tulis untuk
ditujukan kepada ibu bapa ialah berkaitan kelayakan saya dalam bidang ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Universiti Malaya. Seterusnya memberitahu
bahawa saya pernah bekerja dengan kanak-kanak berkeperluan khas di Sabah.
Selain itu, dinyatakan antara had yang saya tidak boleh lakukan di taska ialah,
membawa kanak-kanak ke tandas tanpa ditemani pekerja wanita, tidak dibenarkan
memandikan kanak-kanak, termasuklah menukarkan pampers serta tidak dibenarkan
berada di ruang bilik semasa kanak-kanak sedang tidur tanpa ditemani oleh
pekerja wanita.
Terima kasih Kak Zee, banyak yang saya pelajari dari Kak Zee.
Memo
tersebut dibuat khas untuk ibu bapa, dan diletakkan di receptionist
supaya ibu bapa yang datang masuk dapat membaca memo tersebut. Dengan adanya
memo tersebut, barulah saya rasa sedikit lega dan mendapat penerimaan. Ramai ibu-ibu yang 'say hi and smile' kepada saya selepas mereka membaca MEMO tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan