Kali
ini saya ingin kongsikan pengalaman saya ketika menyertai Kursus Asuhan dan
Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA di bawah pengurusan Persatuan Perkhidmatan Taska Sabah (PPTS). Saya
merupakan satu-satunya peserta lelaki yang dikelilingi 39 orang peserta daripada kaum Hawa.
Suatu perasaan yang unik pertama kali saya rasa sebagai peserta lelaki. Rasa macam OKU pula sebab menjadi golongan minoriti.
Niat, untuk dapatkan ilmu.Tapi paling best saya dilantik dan diberi amanah menjadi penghulu (ketua). Bukan saya yang mahu, tapi para peserta yang pilih dan undi saya.
Saya sedar memang ternyata bidang pendidikan awal kanak-kanak didominasi oleh kaum Hawa. Daripada para peserta 99 peratus adalah kaum Hawa, dan begitu juga para penceramah 100 peratus adalah kaum Hawa. OMG! belum saya cerita bagaimana saya hadap masa slot teknik penyusuan bayi you all. Semua mereka gelakkan saya.
Suatu perasaan yang unik pertama kali saya rasa sebagai peserta lelaki. Rasa macam OKU pula sebab menjadi golongan minoriti.
Niat, untuk dapatkan ilmu.Tapi paling best saya dilantik dan diberi amanah menjadi penghulu (ketua). Bukan saya yang mahu, tapi para peserta yang pilih dan undi saya.
Saya sedar memang ternyata bidang pendidikan awal kanak-kanak didominasi oleh kaum Hawa. Daripada para peserta 99 peratus adalah kaum Hawa, dan begitu juga para penceramah 100 peratus adalah kaum Hawa. OMG! belum saya cerita bagaimana saya hadap masa slot teknik penyusuan bayi you all. Semua mereka gelakkan saya.
Mungkin saya tersasar pilih bidang pendidikan awal kanak-kanak?
No! I am in the right place.
No! I am in the right place.
Saya
sebenarnya sudah lama mahu menyertai kursus ini sebagai tujuan untuk pembangunan
profesional dan mahu meningkatkan pengetahuan dan pengalaman saya dalam
bidang pendidikan awal kanak-kanak. Alang-alang saya sudah terlanjur
meneroka bidang ini, saya teruskan sahaja. Tidak semua siswazah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak akan terfikir untuk mahu menyertai Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA ini. Apa yang paling best, bacth kami mendapat subsidi kerajaan, kami hanya perlu membayar yuran separuh harga sahaja, daripada RM1100.00, kami perlu bayar RM490.00 sahaja.
Sebenarnya adalah sangat rugi sekiranya mereka belum menyertai kursus ini. Untuk
pengetahuan pembaca, peserta yang menyertai kursus ini adalah atas sebab
sukarela sahaja dan bukan paksaan. Jadi biarkan mereka mengisi masa lapang yang
tersedia dengan perkara yang memberi bermanfaat daripada duduk memburuk di
rumah!
LULUS Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA, merupakan kriteria yang diperlukan untuk bekerja sebagai pengasuh/pendidik di TASKA dan ia juga merupakan syarat/lesen untuk membuka
perniagaan TASKA bagi yang berminat untuk menjadi pengusaha TASKA.
Apa
yang dapat saya pelajari dalam kursus ini ialah mempelajari Skop
Kurikulum PERMATA Negara yang mempunyai dua komponen utama iaitu Komponen Asas
Pengasuhan Bayi dan Kanak-Kanak, dan Bidang Pembelajaran PERMATA untuk
Perkembangan Kanak-Kanak.
Terdapat
4 Komponen Asas Pengasuhan Bayi dan Kanak-Kanak iaitu:
1. Pemakanan
Seimbang
2. Keselamatan
Kanak-Kanak
3. Penjagaan
dan Latihan Urus Diri Bayi dan Kanak-Kanak
4. Amalan
Pengasuhan
Bidang
Pembelajaran PERMATA untuk Perkembangan Kanak-Kanak pula terdiri daripada 6
bidang:
1. Perkembangan
Sahsiah, Sosioemosi dan Kerohanian
2. Perkembangan
Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
3. Perkembangan
Awal Matematik dan Pemikiran Logik
4. Perkembangan
Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
5. Perkembangan
Fizikal
6. Perkembangan
Kreativiti dan Kreativiti
Ramai
juga dalam kalangan peserta merupakan pengasuh/pendidik di TASKA yang belum
memiliki sijil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA. Jadi mereka hadir ke kursus tersebut kerana pengasuh dan pendidik di taska WAJIB menyertai kursus PERMATA.
Saya
sangat berterima kasih kepada semua penceramah dan rakan-rakan peserta kerana
memberikan galakan dan sangat terbuka dengan kehadiran saya sebagai peserta lelaki. Tidak ramai lelaki yang
mencebur diri dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, boleh dihitung dengan jari!
Mungkin, ada segelintir manusia yang pandang rendah dengan bidang
pendidikan awal kanak-kanak, tetapi berada dalam bidang ini saya mengetahui
pengorbanan seorang ibu yang mengasuh dan membesarkan anak-anak. Disebabkan saya mempunyai pengalaman bekerja di taska, saya merasainya. Saya tahu (sebagai lelaki).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan