Saya
ingin kongsikan berkaitan topik ‘kanak-kanak skrin’ yang kita memang sedar dan
tahu dan kita sendiri mengalaminya.
Apa
yang dimaksudkan dengan ‘kanak-kanak skrin' ini; ia adalah alatan pertama yang diperkenalkan pada usia awal mereka ialah dengan benda berskrin, iaitu telefon pintar,
I-pad, laptop dan seumpama dengannya.
I-pad, laptop dan seumpama dengannya.
Lihat
di sekeliling anda, di rumah, di pusat membeli-belah dan di mana-mana tempat
awam, lihat kanak-kanak sekarang sudah diumpan oleh orang dewasa dengan
kecanggihan teknologi, kanak-kanak dihadapkan skrin. Interaksi antara ibu dan anak, antara anak dan ibu, begitu
juga dengan bapa dan anak, anak dan bapa sudah semakin jauh untuk dibudayakan. Malah
anak-anak dikawal dengan memberikan peralatan canggih bertujuan untuk menghentikan tangisan. Segelintir anak-anak sudah tidak mendengar
bila namanya dipanggil oleh ibu bapa dikeranakan mata terpaku pada skrin!
Ada
apa dengan skrin? ada pelbagai, ada banyak antaranya ialah game, ada saluran Youtube yang mempunyai muzik, lagu, dan cerita kartun untuk kanak-kanak.
Siapa kata bermain alat teknologi itu tidak boleh? Boleh saja, cuma perlulah berpada-pada. Jangan sehingga anak sudah ketagihan, sudah rosak retina baru melatah.
Siapa kata bermain alat teknologi itu tidak boleh? Boleh saja, cuma perlulah berpada-pada. Jangan sehingga anak sudah ketagihan, sudah rosak retina baru melatah.
Tetapi
yang menjadi persoalan ialah seawal usia bertatih ibu bapa sudah membiasakan
anak-anak dengan alat skrin ini sehingga ada yang tidak dapat dikawal lagi.
Belum ada literasi memanggil ‘Mak, Ayah, Mummy, Daddy,
Ummi, Abah’
Belum pun !
sedangkan alat skrin sudah mendahuluinya.
Oh
beginikah sudahkah corak pendidikan alaf baru? atau itu pilihan terakhir ibu bapa?
SKRIN !!!
Bukan
saya katakan seluruh ibu bapa melakukannya, hanya segelintir. Tetapi impak
jangka panjang alat skrin terhadap anak-anak perlulah disedari. Lebih-lebih
lagi bagi anak-anak yang belum bersekolah sudah diberi seperti "bantal emas" dibawa ke mana-mana.
Bukan
salah bagi alat sentuh alat skrin kepada kanak-kanak tetapi perlulah sediakan jadual yang ketat, tidak salah latih dari awal. Bila bercakap mengenai jadual, pandai-pandailah bahagikan masa. Perlu ada perancangan. Itu lebih baik.
Cuba
semak di rumah anda sekalian, ada buku cerita kanak-kanak tidak? Kalau ada berapa
jumlahnya? Kalau ada, pernah bawa anak-anak membaca buku bersama-sama? Berapa kerap?
Ya
umum mengetahui, sekarang dari jari-jemari sudah boleh dapatkan banyak daripada alat skrin seperti online story book dan offline story book. Nanti
anak pergi sekolah tidak biasa sentuh buku lepas tu tak minat baca buku. Sebab apa?
Sebab anak biasa sentuh alat skrin saja. Buku dia tolak tepi menangis sebab tidak mahu.
Ada
baiknya bagi dia buku dan pensel warna, lantaklah dia conteng sampai patah pensel
warna itu, faedah dia dapat kemahiran pra-menulis, pra-literasi. Terlalu main alat skrin apa dia dapatkan. Lagi
satu, kalau bagi hadap alat skrin dengan anak, biarlah dedahkan dengan permainan
bentuk akademik dan sambil-sambil berkomunikasi bersama dengan anak. Elakkan dia
bersendirian!
Pentingnya
peranan ibu bapa untuk membuat pengawasan dan menggunakan teknologi dengan pegawasan dan perancangan bermula dari rumah.
“Biar kita kawal teknologi, bukan teknologi
kawal kita”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan