Pengalaman
ketika saya bekerja di taska ialah semasa ditempatkan di stesen bayi. Ya ampun.
Menangis-nangis bayi sampai satu tempoh, telinga saya sudah beku, tidak
terkesan dengan tangisan-tangisan mereka. Sudah menjadi biasa, kata pepatah,
alah bisa, tegal biasa. Benar.
Apa
yang saya lakukan semasa ditempatkan di stesen bayi?
Sudah
pastilah membuat aktiviti, memerhati dan kawal mereka.
Stesen
bayi sangat mencabar! Terus terang saya beritahu, saya kalau boleh mahu
mengelak ditempatkan di stesen bayi. Saya tidak mahu.
Kau
tahankah lama-lama di sana? Dengan jumlah bayi mencecah 4 hingga 5 orang dalam
satu masa? Sudah pasti tidak.
Tetapi
saya hanya mengikut arahan daripada supervisor. Jadual sudah diberi dan saya akur.
Biasanya
kami bagi mainan yang lembut dan selamat untuk bayi-bayi ini. Opss! Sebelum
itu, stesen bayi ini bukanlah bayi baru lahir semua, tetapi stesen bayi
menempatkan kanak-kanak yang berusia di bawah 12 bulan ke bawah.
Kadang-kadang
kami buatlah aktiviti bermain dengan warna. Ambil warna air dan masukkan tapak kaki bayi biar
sampai dia pijak warna air tu yang diletakkkan di dalam bekas dan tapak kaki
mereka kami letakkan di atas kertas putih. Nah jadilah hasil kerja mereka. Ada
tapak kaki atas kertas putih. Nanti emak mereka datang, kami tunjukkan pamerlah
ini hasil kerja anak Puan. Mesti dia suka.
Ada
beberapa orang bayi tu, hobi menangis. Berjam-jam tidak berhenti. Tapi apa
boleh buat, bukan dia hendak berhenti pun, bila penat dia berhentilah sendiri
dan tidur. Sudah pujuk, tidak efektif. Lebih baik biarkan asal dia selamat.
Ada
ibu yang sangat prihatian dengan anaknya, dia datanglah taska bagi feeding susu badan. Bukan feeding
depan-depan saya ya. Di taska sudah disediakan feeding room untuk kaum ibu yang mahu menyusukan anak mereka. Bilik itu
saya tidak dibenarkan masuk dan memang saya tidak pernah masuk.
Tetapi
pengalaman yang saya mahu kongsikan ialah apabila ada ibu yang sangat open-minded. Saya mula-mula rasa tidak
yakin. Tetapi dia buat biasa sahaja. Mungkin dia tahu saya pengasuh
profesional. Kenapa saya kata dia open-minded?
Kerana ibu itu masuk ke feeding room untuk memerah susu badannya untuk
dimasukkan di dalam botol dan setelah selesai dia memberikan kepada saya dan
saya perlu meletakkan susu dalam botol itu di dalam pantri untuk disimpan di dalam
peti sejuk. Jadi saya segan-segan mahu mengambil botol itu sebab di dalam ialah
susu badan ibu. Tapi saya bersikap terbuka juga dan menganggap itulah
sebahagian kerja saya, menyimpan botol itu di tempat yang disediakan. Dapatlah
saya belajar sikit berkaitan susu badan ibu. Susu badan ibu yang sudah diperah
dan dimasukkan ke dalam botol hanya akan bertahan selama dua jam sahaja,
selepas dua jam ia akan basi dan tidak boleh diberikan kepada bayi lagi. Kerana
ia boleh mengundang risiko kepada bayi itu. Okay ini ilmu baru yang saya
pelajari dalam karier bidang ini. Jadi saya baru sedar bahawa, sebab itu
jugalah salah satu faktor mengapa lelaki kurang berminat menceburi bidang
pendidikan awal kanak-kanak. Mungkin sebab susu badan ibu. Lelaki segan.
Kemudian
saya juga belajar berkaitan matematik di taska. Matematik yang bagaimana?
Matematik berkaitan sukatan/ukuran auns
dalam botol bayi dan kanak-kanak. Setiap bayi dan kanak-kanak yang masih minum
susu formula menggunakan botol sudah mempunyai sukatan auns mereka yang
ditentukan oleh ibu mereka. Jadinya, ibu-ibu akan memberitahu pihak taska
berkaitan kuantiti auns yang perlu diisi di dalam botol. Kerana pengasuh wanita
di taska akan menyediakan susu bayi dan kanak-kanak ini. Terdapat bayi yang
minum susu sehingga 4 auns, ada juga yang 5 auns dan sebagainya.
Saya
ingat lagi, dulu masa kecil-kecil selalu tengok botol susu adik-adik. Ada
sukatan tetapi saya tidak mengetahui berkaitan sukatan auns! Semasa saya
berkuliah di Universiti Malaya juga tidak ada dipelajari di dalam subjek
Matematik Awal Kanak-Kanak. Sehingga saya berpeluang bekerja di taska, barulah
saya mengetahui ilmu baru itu.
Saya
pernah bercerita berkaitan sukatan auns ini kepada rakan sekerja di tempat
kerja lama. Dia sendiri pun tidak mengetahui berkaitan sukatan auns, walaupun
dia mempunyai ramai anak-anak buah di rumah dan paling mengejutkan dia ialah
pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik! Dahsyat.
Jadi
itulah dia sedikit pengalaman yang saya pelajari daripada stesen bayi di taska.
Menarik
dan pengalaman ini benar-benar profesion merah jambu. Lebih lama saya bekerja di
taska, lebih banyak yang saya pelajari. Setiap hari, hari yang baru.
Perkongsian
saya selanjutnya ialah pengalaman semasa ditempatkan di stesen toddler pula.