29 Julai 2017

Bagaimana Saya Bermula

Selepas mendapat keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2010, saya mengemaskini permohonan UPU secara atas talian. Terdapat 8 pilihan universiti pada ketika itu yang perlu diisi. Pilihan 1 hingga Pilihan 8. Pada pilihan 1 & Pilihan 2, saya telah memilih bidang PENDIDIKAN sebagai bidang pilihan utama dan apabila melihat syarat-syarat permohonan saya telah memilih bidang yang benar-benar melepasi syarat berdasarkan kepada keputusan beberapa mata pelajaran SPM dan STPM. Disebabkan saya sangat meminati bidang pendidikan dan berimpian untuk menjadi guru saya telah memutuskan untuk memohon program pendidikan di universiti awam iaitu, 

Pilihan 1:  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sosial (UMS);

Pilihan 2: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (UM).

Saya memilih Pilihan 1 kerana program tersebut perlu melepasi syarat ujian bertulis iaitu Ujian MEdSI iaitu Malaysia Educators Selection Inventory (MEdSi) yang perlu dijawab oleh calon dan sekiranya lulus akan berjaya ke peringkat temuduga. Ujian MEdSI mengandungi 300 item soalan yang perlu dijawab dalam tempoh masa 1 jam. Jadinya, saya membuat keputusan yang bijak kerana telah memilih program Pilihan 1 dengan ujian MEdSI dan Pilihan 2 tanpa ujian MEdSI. Kerana Pilihan 2 hanya perlu menghadiri temuduga bagi calon yang layak dan tiada ujian MEdSI. Jadi pada ketika itu, saya mahu selamat untuk mendapatkan tempat di universiti awam dan saya telah memutuskan begitu. Kerana sekiranya saya gagal ujian MEdSI, ada lagi pilihan lain tanpa ujian MEdSI. 

Akhirnya keputusan ujian MEdSI pada tahun 2010 yang saya duduki dukacita gagal dan perasaan gagal itu membuatkan saya sedikit sedih dan hampir menangis kerana tidak berjaya meneruskan impian untuk mahu menjadi guru. 

Tetapi pada bulan April 2010, saya mendapat SMS daripada UPU iaitu pemberitahuan untuk menghadiri temuduga bagi program Pilihan 2 yang saya apply melalui UPU itu. Saya seperti kembali pulih kerana sebelum itu sedikit sedih dan seperti dihidupkan semula. 

Panel penemuduga bertanya kepada saya, kenapa anda memohon bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

Saya jawab, "kerana saya merupakan anak sulung yang mempunyai ramai adik, jadi kasih sayang saya terhadap mereka telah mendorong saya untuk ingin berkongsi kasih sayang itu kepada kanak-kanak lain."

Panel bertanya lagi, adakah anda sanggup ditempatkan di pulau untuk mengajar sekiranya diberi penempatan?

Saya jawab, "Ya, saya sanggup dan menganggap itu merupakan cabaran yang perlu ditempuh."

Panel bertanya lagi, adakah anda seorang yang cemerlang? 
Saya jawab, "Ya saya seorang yang cemerlang."

"Buktikan." Kata panel.

"Saya seorang yang cemerlang kerana saya proaktif. Selalu menyiapkan homework yang cikgu beri sebelum tarikh penghantaran dan selain itu, saya suka bertanya guru berkaitan pelajaran." 

Panel bertanya lagi. Dia benar-benar mahu menguji saya.

"Bagaimana membendung masalah dadah dalam kalangan remaja? 

"Apa yang perlu dilakukan, pertama sekali ialah pendekatan rohani dalam diri mereka."

Lepas tu panel ceritalah pasal anak dia cara santai, dia kata anak dia kerja, buka restoran. Selalu balik lewat malam. Dia sebagai ibu kadang-kadang risau katanya.

Saya meng 'iya' kan sahaja...

Akhirnya pada bulan Jun 2010, sukacitanya saya berjaya ditawarkan program Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Universiti Malaya). Saya masih ingat segar lagi kod program iaitu;

MT19 - Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak# 

Jadi, itulah sejarah bagaimana saya boleh terjebak dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini. Disebabkan mempunyai minat menjadi guru dan akhirnya saya memilih program pendidikan. Pada mulanya mahu menjadi guru di sekolah menengah, kerana saya suka memberi motivasi kepada golongan pelajar pada tempoh remaja ini, kerana mereka menghadapi banyak cabaran dan godaan! Tetapi akhirnya saya gagal MEdSI, impian hanya di atas kertas sahaja.

Walaupun pengetahuan saya berkaitan bidang pendidikan awal kanak-kanak ialah sifar. Tiada asas kukuh, yang saya tahu kerja tadika, ajar kanak-kanak. Tetapi saya sudah bersedia untuk meneroka bidang ini. 










Salahkah Saya Memilih...

Ramai yang sering bertanya kepada saya berkaitan bidang apa yang saya belajar di universiti. Bila saya beritahu 'pendidikan awal kanak-...